Pengumuman / Announcements
SELAMAT DATANG KE WAJAH BAHARU eTVCMS
Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghargai sambutan yang menggalakkan dari kalangan penerbit dan pengedar filem tempatan mahu pun luar negara dalam memeriahkan senario penyiaran saluran TV digital Kerajaan. Di atas sambutan cemerlang itu, maka Kerajaan bersetuju untuk menaik taraf pengurusan perolehan bahan kreatif untuk siaran TV RTM. Diperkenalkan dan diuji pada tahun 2022, eTVCMS atau e-TV Content Management Systems telah mendapat pengiktirafan menjadi salah satu program Pendigitalan Awam Malaysia. Pada 11 Mei 2026, penggunaannya dikemas kini kepada sebuah ekosistem yang komprehensif dan padu. Kerajaan Malaysia menaruh harapan tinggi kepada pemain-pemain media agar dapat menjadikan RTM sebagai platform penyiaran terunggul di Malaysia.
Jabatan Penyiaran Malaysia melalui Unit Kandungan & Kreatif (UKK) telah melalui beberapa siri-siri perolehan bahan kreatif untuk siaran TV bagi memastikan perbelanjaan Kerajaan diuruskan dengan efektif, di samping menghasilkan bahan-bahan siaran yang terbaik untuk seluruh seisi rakyat.

SESI PRA-PENDAFTARAN BERMULA 11 MEI SEHINGGA 31 MEI 2026
Bersempena pelancaran wajah baharu eTVCMS juga, bermula 11 Mei 2026 sehingga 31 Mei 2026, RTM membuka Sesi Pra-pendaftaran bertujuan untuk mengemas kini informasi syarikat-syarikat. Sesi Pra-pendaftaran ini memohon untuk setiap pemain media dan Pengarah Syarikat membuat tindakan mengemas kini informasi syarikat, untuk tujuan persediaan bagi permohonan tawaran sesi baharu perolehan yang akan diumumkan dalam masa terhampir. Langkah persediaan ini adalah penting bagi memastikan proses perolehan berjalan dengan lancar dan efisein.
Pemain-pemain media dan Pengarah Syarikat bolehlah merujuk pada pautan PANDUAN untuk mengenali eTVCMS seterusnya meneroka fungsi-fungsi baharu dan panduan untuk menyertai tawaran perolehan Kerajaan dalam kod bidang bagi membekalkan kandungan bahan kreatif siaran TV. Selain meneroka pengalaman wajah baharu eTVCMS, tempoh 3 minggu ini juga memberi kelebihan ruang masa dalam persediaan menghadapi sesi tawaran perolehan nanti. RTM mengalu-alukan agar syarikat mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi persediaan.
RTM MEMPERKETAT KANDUNGAN LGBT DALAM KANDUNGAN SIARAN
Dalam mengharungi dunia yang penuh cabaran, RTM suka mengingatkan kepada pembekal dan pengedar kandungan Syndicated luar negara agar cakna dengan bahan kreatif yang dibekalkan. Pembekal haruslah bertanggungjawab mengenalpasti bahawa tiada unsur LGBT di dalam apa jua kaitan dalam pembikinan program siaran. Ia termasuklah dari aspek penceritaannya secara umum sehinggalah persembahan secara halus dan tidak langsung (indirect). Penglibatan atau perkaitan mengenai LGBT semasa dalam proses perolehan bakal diberikan tindakan untuk ditolak atau Tidak Layak Untuk Ditayang, tanpa kompromi.
KAJI SELIDIK TATACARA PEROLEHAN KHAS PROGRAM TV RTM
Salam Malaysia MADANI,
Dimaklumkan bahawa, Jabatan Penyiaran Malaysia ingin memdapatkan cadangan dan maklum balas daripada syarikat pembekal yang berdaftar dengan RTM berkaitan Perolehan Program TV RTM.
Sehubungan itu, satu kaji selidik berkaitan akan dijalankan secara dalam talian bermula 30 Julai 2024 (Selasa) hingga 4 Ogos 2024 (Ahad). Pihak pembekal yang berdaftar dengan RTM dipohon untuk mengakses pautan bagi menjawab set soalan kaji selidik di https://forms.gle/sEsLmXr49dJGajg77
Kerjasama dan perhatian pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
URUSETIA e-TVCMS
Unit Kandungan dan Kreatif
Jabatan Penyiaran Malaysia